Sunday 25 May 2014

Insomnia Kepala Bana

Insomnia merupakan suatu penyakit berkaitan tidur dimana penghidapnya mengalami kesukaran tidur dalam jangkamasa yang diperlukan. Ya. Aku ada insomnia. Aku hanya boleh tidur nyenyak bila pada waktu siang aku letih gila.

Aku perhati home page Google lama-lama. Ada nama aku kat atas penjuru sebelah kanan. Ya. Google+. Laman media sosial berhantu yang tiada siapa guna. Aku belek-belek Settings terjumpa menatang blog ni. Post terakhir pada tahun 2011. Aku pun tak faham sebenarnya kenapa aku ada akaun Blogger ni.

Aku keluar hisap rokok depan rumah tadi. Terdengar bunyi anak kucing. Baru beranak gamaknya. Aku pun terfikir, kucing lepas dia kongkek kucing betina tu sampai bunting, pastu dia blah. Itu memang tabii kucing dan haiwan lain secara amnya. Aku pun cuba bayangkan dalam kepala hotak aku bagaimana perasaan anak-anak kucing tu bila dia besar nanti mengetahui bahawa diorang tak ada bapak. Barangkali diorang pun tak kisah. Janji ada tetek mak, boleh hisap susu sampai kenyang, lepas tu blah. Bila dah cukup umur, suka hati la korang nak pergi mana pun. Mak dia pun tak kisah.

Aku semenjak celik mata ke dunia ni tak pernah kenal bapak aku. Kenal melalui gambar. Bila kawan tanya "Mana bapak kau Mus?". Aku pun kelentong lah kata bapak aku pergi USA lah kononnya kerja kat Wall Street, kerja kat kedutaan Malaysia dsb. Tapi aku tahu kawan-kawan aku semua tahu yang aku tak ada ayah sebab mak aku bercerai dengan ayah aku. Jadi aku membesar dengan mak aku dan adik perempuan aku. Tak ada kasih sayang seorang bapa.

Long story short, aku jumpa ayah aku masa nenek aku sebelah ayah aku meninggal dunia. Aku excited gila. Ye lah akhirnya dapat jumpa ayah aku. Tapi dia pura-pura excited. Sekarang dia duduk Ipoh, dekat dengan rumah maklong aku, kakak kepada ayah aku. Aku pun keraplah jumpa dia sebab sepupu aku ada sana.

Apa yang aku pelajari sepanjang duduk dengan dia di Ipoh, dia pura-pura ambil peduli pasal aku, adik aku dan mak aku. Dia pun perangai macam bapak kucing. Habis kongkek, lu punya anak aku malas nak ambil tahu. Dalam hati aku menyumpah seranah melihat perangai dia yang sangat lakhanat. 20 tahun tinggal aku, adik aku dan mak aku, ada pernah dia cari aku? Nafkah ada bagi? Pernah fikir emosi aku yang tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah? Serius aku tak malu nak cakap, bila aku nampak seorang budak lelaki peluk ayah dia, aku jadi sebak. Nak nangis tapi aku tahan.

Harap bila aku kahwin dah ada anak nanti, aku nak jaga anak aku elok-elok. Didik dia dengan penuh kasih sayang supaya bila besar nanti dia jadi manusia berguna dan ingat jasa seorang ayah yang telah membesarkan dia. Jangan contohi perangai kepala bana ayah aku yang macam lakhanat.

Beruntunglah aku masih punya mak tempat bermanja dan ayah tiri yang baik. Walaupun dia jarang sembang dengan aku, mungkin sebab dia rasa kekok dengan aku, tapi dia jaga mak aku dengan baik. Itupun dah cukup bahagia untuk aku. At least kalau aku mampos dalam masa terdekat ni pun dah ada orang yang jagakan mak aku.

Kesimpulannya, aku kirimkan doa dan salam jari tengah kepada bapak aku. Ada peluang aku nak tumbuk muka dia sampai lebam.

Saturday 10 September 2011

Test

(This is a public service announcement. This is only a test.) Warning by Green Day